Sebagai orang yang begitu aktif melalui NGO Aqsa Syarif menyelaras dan menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada masyarakat Palestin, Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor telah dijemput untuk memberikan pengisian Kuliah Maghrib berkaitan perkembangan dan situasi terkini di Palestin di Surau Abdul Rahman Auf, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Selepas majlis itu, beliau telah berbesar hati atas tajaan AJK Surau Abdul Rahman Auf untuk merasai kelazatan ikan bakar di Restoran kami. Walau kelihatan beliau amat berselera menikmati menu yang disediakan, namun dari perbualan dan raut wajahnya, terpancar semangat jitu beliau dalam meneruskan agenda perjuangan membebaskan Palestin. Sokongan kita semua amat diperlukan. Sudah tentu kami memberikan potongan harga yang hebat daripada harga sebenar sebagai tanda sokongan kami kepada perjuangan Palestin. Allahuakbar!

Advertisements