Sejarah Bangi Ikan Bakar Sos yang diasaskan oleh En. Adenan Bin Sayan bermula 2 tahun yang lalu.

Bermula disebuah gerai di Medan Usahawan Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dalam tempoh itu,  sambutan sangat menggalakkan dan ramai pelanggan kami datang dari jauh sejauh Tanjung Malim dan Seremban. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa menutup perniagaan tersebut.

Namun dalam tempoh penutupan tersebut, sebilangan pelanggan kami masih menghubungi kami di talian 019-2204935 untuk bertanya status dan perkembangan ikan bakar kami. Memandangkan ikan bakar kami masih diminati oleh penggemar-penggemar ikan bakar, selepas mengambil kira pelbagai perkara, kami membuat keputusan untuk membuka semula perniagaan Ikan Bakar tersebut. Alhamdulillah, dengan izin dan pertolongan Allah swt, kami telah berjaya mendapat lokasi yang baik dan mudah di akses. Dan pada 7 Mac 2012, kami secara rasmi memulakan perniagaan dialamat 41-A, Jalan 3/69, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Suasana dan persekitaran baru ini lebih selesa dengan pelbagai kemudahan seperti parking, tandas dan ruang untuk sembahyang tersedia.