Ramai juga yang meminta tambah  sos istimewa ikan bakar kami dan ramai yang minta dibungkus untuk makan dirumah, kami tidak keberatan memberikannya.

Untuk memasak bagi menghasilkan sos ini mengambil masa sehingga 4 jam. Ia satu proses penghasilan yang mengambil masa lama dengan kos bahan mentah yang juga agak tinggi.

Yang uniknya, sos ini tidak pedas. Ramai anak-anak pelanggan pada peringkat permulaan takut pedas tetapi apabila sudah mula merasainya, terus menyukainya. Sos ini juga hanya sesuai dibakar dengan menggunakan arang. Sangat tidak sesuai dibakar menggunakan kuali atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro (Microwave).

Sebagai jaminan, kami sangat menitik beratkan persoalan halal dan haram kepada produk yang kami hidangkan kepada pelanggan kami.  Kami memberikan jaminan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sos istimewa ini adalah halal, bermutu dan segar. Kami secara pasti tidak akan memasukkan sebarang bahan yang meragukan apatah lagi bahan terlarang seperti dadah atau seumpamanya. Malahan kami tidak mencapurkan dalam resepi walau sedikit serbuk perasa tambahan. Sos istimewa kami adalah menggunakan bahan yang asli, segar lagi terpillih. InsyaAllah, kami akan cuba sedaya upaya mengekalkan kualitinya.